tHiS iS mE!

My photo
My NaMe Is IhSan mY BiRtDaY 10/12 SpOrTiNg N OpEn MiNdEd PeRsOn bUt A LiTtLe BiT EmO

Saturday, December 5, 2009

SPM then PLKN

sekarang...
aku sedang menjalani ujian terbesar SPM
(org kate la)
aku sudah mencuba dengan sepenuh jiwa raga aku
walaupun sudah aku ketahui keputusannya tidak lah memuaskan hati ibu bapa aku
tapi aku sudah bersedia berhadapan dengan ujian yang seterusnya
hahaha
bagi aku
ujian yang ALLAH beri pada aku lagi besar.
Aku ni seorang yang amat risau mengenai keluarga aku.
kalau boleh aku tidak berani menjauhkan diri aku dengan mereka
tapi aku terpaksa
selepas SPM aku akan menjadi salah seorang pelatih PLKN
semasa aku mengetahuinya
hati ini amat gembira sampai melompat-lompat(nak menangis pun ada)
tapi aku sebagai seorang lelaki
mesti la mempertahankan air mata itu jatuh dari mata aku
selepas sahaja aku menghadapi ujian besar(SPM)
aku akan menjalani ujian (kecil) sebagai seorang askar
walaupun orang melihat aku ini sebagai lelaki sedikit (lembut)
tapi itu hanya luaran sahaja
tapi dalaman aku sudah bersedia untuk menghadapi latihan tersebut
kerana aku seorang yang sukakan cabaran
aku juga berharap semoga dengan latihan tersebut
semua manusia yang masih bernafas di dunia ini akan melihat perbezaan yang positif selepas aku pulang daripada latihan tersebut di SARAWAK
mungkin ada memikirkan ianya hanya latihan biasa
tetapi bagi aku
dengan ada nya latihan tersebut aku akan berubah 100%
kerana itulah impian aku jika dapat memasuki latihan tersebut
dan sekarang impian itu sudah menjadi kenyataan
(terfikir seketika)
saya berharap kepada pengunjung blog aku ini mendoakan keselamatan aku semasa berada di tapak latihan tersebut.
terima kasih diucapkan pada semua yg sudi baca blog aku ini

No comments:

Post a Comment